Friday 10 May 2013

~ fasta'iz billah ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .





ada seorang laki2 yang selalu berazam sebelum tidur yang dia akan memberi sedekah kepada orang yang pertama dia jumpa esok hari.

esoknya , lepas solat subuh di masjid , ketika perjalanan pulang , dia terjumpa dengan seorang laki2 ni . 

'' nah , aku nak bagi kau sedekah . ''
'' terima kasih ! ''
petang pada hari yang sama , dia jalan2 dan ketika lalu kat satu kedai ni , dia terdengar ,,

'' eh , kau tahu tak , pagi tadi ada la sorang mamat mana tah , dia pergi sedekah kat pencuri . ''
'' Ya Allah , akukah tu ? '' (monolog)
sebelum tidur , dia pun berazam lagi untuk bersedekah sebagai ganti kerana dia telah bersedekah kepada pencuri .

esoknya , sama sepeti hari pertama , dia terjumpa seorang perempuan .

'' dia ni perempuan , tak mungkin dia mencuri . aku sedekah pada dia lah . '' (monolog ) 
'' nah , aku nak bagi kamu sedekah hari ni . ''
'' terima kasih , encik ! ''
pada sebelah petangnya pula , dia terdengar lagi ,,
'' eh , kamu tahu ,  ada sorang mamat ni , dia pergi sedekah kat pelacur kampung kita ni pagi tadi . ''
'' Ya Allah , akukah mamat tu ? '' (monolog)
kali ni , sebelum tidur dia berazam lagi untuk memberi sedekah sebagai ganti untuk dua hari tadi tetapi bukan lagi kepada pencuri dan pelacur .

selepas pulang solat subuh di masjid , dia terjumpa pula seorang laki2 yang segak . 

'' aku rasa dia bukan pencuri . '' (monolog)
'' nah , aku nak bagi kamu sedekah hari ini . ''
'' err , terima kasih . ''
situasi yang sama berlaku pada petang itu .

'' kamu nak dengar cerita ? pagi tadi ada sorang mamat ni dia sedekah pada orang kaya . ''
'' Ya Allah , adakah aku lagi ? '' (monolog)

* * * * *


okay ,, syaitan tak suka bila mana kita nak buat kebaikan .
itu pasai dia gi dok bisik2 kat orang kampung tu untuk melemahkan semangat laki2 tadi .
tapi , laki2 tu tak putus asa kan nak sedekah ? pasai apa ?
pasai dia selalu isti'azah sebelum sedekah . =D

buktinya ...

-pencuri yang dia kasi sedekah tu , lepas dia terima sedekah yang banyak , pencuri tu terus bertaubat dan tak mencuri selama2nya .

-pelacur yang melacur untuk sara diri tu pulak , lepas dia terima sedekah yang banyak , dia bertaubat dan tak melacur lagi dah sampai bila2 .

-orang kaya tu pulak , dia terkejut bila mana ada orang miskin bagi dia sedekah . orang kaya tu insaf sebab dia tak pernah keluarkan zakat dari hartanya . lepas dia terima sedekah dari laki2 tu , dia terus sedekahkan semua harta2nya .

ya , Allah juga yang menyeru kita untuk sentiasa memohon perlindungan dari-Nya . 



 


maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al-quran , mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk . (an-nahl:98)


so , jom kita praktikkan sentiasa isti'azah ataupun basmalah ketika nak mulakan sesuatu kerja . ( saya pun ! )





( 30 MINIT USTAZ DON ; 9 MAY 2013 ; TV AL-HIJRAH )



. : :  ALHAMDULILLAH  : : .





6 comments:

CD said...

kadang-kadang kebaikan yang kita lakukan menginsafkan orang lain.. cuma, kita saja yang tidak tahu..

Nurul Husna said...

--> farahizzti

betul,, hanya Allah saja yang tahu maksud tersirat bagi setiap perkara yang berlaku

Busyra Takiyudin said...

nice post. singgah sini. btw nice header, :)

Nurul Husna said...

--> busyra

thank you-2 ^^ btw cantik nama awak .

Kay Sablihan said...

wah,,nice..perkongsian yg menyentuh hati :)
trime kasih :)

Nurul Husna said...

--> kay

syukran-2 ! hanya berkongsi ilmu yang didapati sahaja ..