. : : IN THE NAME OF ALLAH : : .
ada seorang laki2 yang selalu berazam sebelum tidur yang dia akan memberi sedekah kepada orang yang pertama dia jumpa esok hari.
esoknya , lepas solat subuh di masjid , ketika perjalanan pulang , dia terjumpa dengan seorang laki2 ni .
'' nah , aku nak bagi kau sedekah . ''
'' terima kasih ! ''petang pada hari yang sama , dia jalan2 dan ketika lalu kat satu kedai ni , dia terdengar ,,
'' eh , kau tahu tak , pagi tadi ada la sorang mamat mana tah , dia pergi sedekah kat pencuri . ''
'' Ya Allah , akukah tu ? '' (monolog)sebelum tidur , dia pun berazam lagi untuk bersedekah sebagai ganti kerana dia telah bersedekah kepada pencuri .
esoknya , sama sepeti hari pertama , dia terjumpa seorang perempuan .
'' dia ni perempuan , tak mungkin dia mencuri . aku sedekah pada dia lah . '' (monolog )
'' nah , aku nak bagi kamu sedekah hari ni . ''
'' terima kasih , encik ! ''pada sebelah petangnya pula , dia terdengar lagi ,,
'' eh , kamu tahu , ada sorang mamat ni , dia pergi sedekah kat pelacur kampung kita ni pagi tadi . ''
'' Ya Allah , akukah mamat tu ? '' (monolog)kali ni , sebelum tidur dia berazam lagi untuk memberi sedekah sebagai ganti untuk dua hari tadi tetapi bukan lagi kepada pencuri dan pelacur .
selepas pulang solat subuh di masjid , dia terjumpa pula seorang laki2 yang segak .
'' aku rasa dia bukan pencuri . '' (monolog)
'' nah , aku nak bagi kamu sedekah hari ini . ''
'' err , terima kasih . ''situasi yang sama berlaku pada petang itu .
'' kamu nak dengar cerita ? pagi tadi ada sorang mamat ni dia sedekah pada orang kaya . ''
'' Ya Allah , adakah aku lagi ? '' (monolog)
* * * * *
okay ,, syaitan tak suka bila mana kita nak buat kebaikan .
itu pasai dia gi dok bisik2 kat orang kampung tu untuk melemahkan semangat laki2 tadi .
tapi , laki2 tu tak putus asa kan nak sedekah ? pasai apa ?
pasai dia selalu isti'azah sebelum sedekah . =D
buktinya ...
-pencuri yang dia kasi sedekah tu , lepas dia terima sedekah yang banyak , pencuri tu terus bertaubat dan tak mencuri selama2nya .
-pelacur yang melacur untuk sara diri tu pulak , lepas dia terima sedekah yang banyak , dia bertaubat dan tak melacur lagi dah sampai bila2 .
-orang kaya tu pulak , dia terkejut bila mana ada orang miskin bagi dia sedekah . orang kaya tu insaf sebab dia tak pernah keluarkan zakat dari hartanya . lepas dia terima sedekah dari laki2 tu , dia terus sedekahkan semua harta2nya .
ya , Allah juga yang menyeru kita untuk sentiasa memohon perlindungan dari-Nya .

maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al-quran , mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk . (an-nahl:98)
so , jom kita praktikkan sentiasa isti'azah ataupun basmalah ketika nak mulakan sesuatu kerja . ( saya pun ! )
( 30 MINIT USTAZ DON ; 9 MAY 2013 ; TV AL-HIJRAH )
. : : ALHAMDULILLAH : : .
6 comments:
kadang-kadang kebaikan yang kita lakukan menginsafkan orang lain.. cuma, kita saja yang tidak tahu..
--> farahizzti
betul,, hanya Allah saja yang tahu maksud tersirat bagi setiap perkara yang berlaku
nice post. singgah sini. btw nice header, :)
--> busyra
thank you-2 ^^ btw cantik nama awak .
wah,,nice..perkongsian yg menyentuh hati :)
trime kasih :)
--> kay
syukran-2 ! hanya berkongsi ilmu yang didapati sahaja ..
Post a Comment