Wednesday 22 May 2013

~ sedekah ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .





Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : '' Sedekah yang paling baik adalah seorang muslim yang yang belajar kemudian mengajarkannya kepada muslim yang lain . "

( Riwayat Ibn Majah )




alangkah beruntungnya jika masih belajar , kan ? kelebihan penuntut ilmu itu banyak .  tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orang lain , maka ia akan menjadi sedekah yang paling baik.


Q - bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi menuntut ilmu ?


A - ada caranya :
  1. bila kita tahu satu ilmu , sampaikan ilmu itu . kemudian cari lagi . =)
  2. ceritakan kepada ibu atau ayah kita apa yang kita telah pelajari . =)
  3. membantu adik-adik kita menelaah dan menyiapkan kerja sekolah mereka . =)
  4. membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran . =)


nampak mudahkan ! bolehlah kita lazimkan diri kita dengan sedekah ni . ~ peace ^^ ~




INSPIRED BY ' MAJALAH GEN-Q ISU NO 16 '





. : :  ALHAMDULILLAH  : : .





Saturday 11 May 2013

~ penghuni #2 ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .





  • MAHALKAN DIRI








" dan orang2 yang menjaga kehormatannya. " [5]
" kecuali terhadap isteri2 mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. " [6]
" sesiapa yang mencari di balik itu, mereka itulah orang2 yang melampaui batas. " [7]

maruah diri seorang mukmin itu sangat tinggi nilainya . seharusnya , kita perlu berusaha untuk menjauhkan dirinya daripada mendekati lembah kemaksiatan . kerana itu , jagalah batas2 pergaulan dengan orang yang berlainan jantina .




  • JUJUR DAN AMANAH





" dan orang2 yang memelihara amanah2 dan janjinya. " [8]



apabila diberi kepercayaan untuk memikul suatu tanggungjawab , laksanakanlah ia dengan baik . dan apabila berjanji , tepatilah . janganlah menjadi seperti orang munafiq ; yang tatkala berjanji dia dustai , dan tatkala dipercayai dia khianati .




  • DIDIPLIN



" dan orang2 yang memelihara solatnya. " [9]


disiplinlah dalam menepati masa dan menjaga kualiti serta produktiviti harian kita . rancanglah jadual harian kita mengikut jadual ibadah kita . bila mana kita mampu untuk memelihara hubungan kita dengan Allah , ketika itulah kualiti hidup kita akan menjadi lebih baik . in shaa Allah .





doakanlah saya pun boleh lakukan ciri2 ni untuk jadi penghuni syurga )






INSPIRED BY ' MAJALAH JOM! ISU NO.9 '





. : :  ALHAMDULILLAH  : : .






Friday 10 May 2013

~ fasta'iz billah ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .





ada seorang laki2 yang selalu berazam sebelum tidur yang dia akan memberi sedekah kepada orang yang pertama dia jumpa esok hari.

esoknya , lepas solat subuh di masjid , ketika perjalanan pulang , dia terjumpa dengan seorang laki2 ni . 

'' nah , aku nak bagi kau sedekah . ''
'' terima kasih ! ''
petang pada hari yang sama , dia jalan2 dan ketika lalu kat satu kedai ni , dia terdengar ,,

'' eh , kau tahu tak , pagi tadi ada la sorang mamat mana tah , dia pergi sedekah kat pencuri . ''
'' Ya Allah , akukah tu ? '' (monolog)
sebelum tidur , dia pun berazam lagi untuk bersedekah sebagai ganti kerana dia telah bersedekah kepada pencuri .

esoknya , sama sepeti hari pertama , dia terjumpa seorang perempuan .

'' dia ni perempuan , tak mungkin dia mencuri . aku sedekah pada dia lah . '' (monolog ) 
'' nah , aku nak bagi kamu sedekah hari ni . ''
'' terima kasih , encik ! ''
pada sebelah petangnya pula , dia terdengar lagi ,,
'' eh , kamu tahu ,  ada sorang mamat ni , dia pergi sedekah kat pelacur kampung kita ni pagi tadi . ''
'' Ya Allah , akukah mamat tu ? '' (monolog)
kali ni , sebelum tidur dia berazam lagi untuk memberi sedekah sebagai ganti untuk dua hari tadi tetapi bukan lagi kepada pencuri dan pelacur .

selepas pulang solat subuh di masjid , dia terjumpa pula seorang laki2 yang segak . 

'' aku rasa dia bukan pencuri . '' (monolog)
'' nah , aku nak bagi kamu sedekah hari ini . ''
'' err , terima kasih . ''
situasi yang sama berlaku pada petang itu .

'' kamu nak dengar cerita ? pagi tadi ada sorang mamat ni dia sedekah pada orang kaya . ''
'' Ya Allah , adakah aku lagi ? '' (monolog)

* * * * *


okay ,, syaitan tak suka bila mana kita nak buat kebaikan .
itu pasai dia gi dok bisik2 kat orang kampung tu untuk melemahkan semangat laki2 tadi .
tapi , laki2 tu tak putus asa kan nak sedekah ? pasai apa ?
pasai dia selalu isti'azah sebelum sedekah . =D

buktinya ...

-pencuri yang dia kasi sedekah tu , lepas dia terima sedekah yang banyak , pencuri tu terus bertaubat dan tak mencuri selama2nya .

-pelacur yang melacur untuk sara diri tu pulak , lepas dia terima sedekah yang banyak , dia bertaubat dan tak melacur lagi dah sampai bila2 .

-orang kaya tu pulak , dia terkejut bila mana ada orang miskin bagi dia sedekah . orang kaya tu insaf sebab dia tak pernah keluarkan zakat dari hartanya . lepas dia terima sedekah dari laki2 tu , dia terus sedekahkan semua harta2nya .

ya , Allah juga yang menyeru kita untuk sentiasa memohon perlindungan dari-Nya . 



 


maka apabila engkau (Muhammad) hendak membaca Al-quran , mohonlah perlindungan kepada Allah dari syaitan yang terkutuk . (an-nahl:98)


so , jom kita praktikkan sentiasa isti'azah ataupun basmalah ketika nak mulakan sesuatu kerja . ( saya pun ! )





( 30 MINIT USTAZ DON ; 9 MAY 2013 ; TV AL-HIJRAH )



. : :  ALHAMDULILLAH  : : .





Tuesday 7 May 2013

~ penghuni #1 ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .





anda tergoda dengan ganjaran syurga Firdaus ???
mahu menjadi penghuninya tetapi tidak tahu bagaimana ???
ini jawapannya !!







  • BERIMAN



" sungguh beruntung orang2 yang beriman. " [1]


tanpa keimanan , semua amal kita akan menjadi sia-sia . kerana itu , keimanan itu , atau dalam erti kata lain , kepercayaan yang sungguh mendalam kepada Allah itu merupakan perkara pertama yang perlu diterapkan dalam jiwa .





  • FOKUS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH




" iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya. " [2]


ambil inisiatif untuk memahami apa yang kita bacakan dalam solat . fokus dan concentrate ketika solat . ia adalah waktu untuk Allah sahaja . 




  • UTAMAKAN YANG UTAMA !





" dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia. " [3]



isilah masa dengan perkara-perkara bermanfaat . seorang mukmin tidak akan membiarkan sedetik pun masa berlalu tanpa melakukan sesuatu yang berfaedah dan berguna .




  • TIDAK SELFISH



" dan mereka yang menunaikan zakat. " [4]


kita tidak boleh pada bila-bila masa bersikap mementingkan diri sendiri dan mengabaikan kesusahan orang lain di sekeliling kita . pada harta kita itu , ada hak orang lain yang harus deberikan . jangan sekali diabaikan .




# will continue in another post #






. : :  ALHAMDULILLAH  : : .






Monday 6 May 2013

~ jalan ini sumpah panjang ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .






mereka kata , jalan ini panjang ...










sangaaaaattt panjang ...










terkadang , halangan kecil mendatang , kita tepis dengan senang .
terkadang pula halangan besar menerjah , kita tempuhi dengan tabah .










bahagia , kita anggap ujian yang buat kita leka .
derita pula , bagi kita adalah tanda kasih sayang Sang Pencipta .





kita mahu tetap tegar di jalan ini ...
semata-mata kerana kita yakin dan pasti pada janji yang Maha Esa akan kerehatan yang abadi di Syurga Firdausi .











INSPIRED BY ' MAJALAH JOM ! ISU NO.9 '





. : :  ALHAMDULILLAH  : : .





Friday 3 May 2013

~ ini cerita saya ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .









make ALLAH always in your heart to get the peace of life .
ALLAH is everything .






. : :  ALHAMDULILLAH  : : .






Wednesday 1 May 2013

~ KITA ~




. : :  IN THE NAME OF ALLAH  : : .












kisah KITA dan origami burung jenjang
menyingkap sebuah analogi dan realiti 
jom jadi seperti burung jenjang
yang terbang bebas menyebar cinta ILAHI .




SARANGHAE FILLAH !






. : :  ALHAMDULILLAH  : : .